Koleksi Peribadi . Semua barangan dan duit adalah tulen

ADA LEBIH KURANG 900 KEPING DUIT SYILING DAN 200 NOTE KERTAS LAMA DAN BARU DARI SELURUH DUNIA.
Semua fakta tentang duit ini saya perolehi dari buku Warisan Matawang di Tanah Melayu keluaran Muzium Matawang Bank Negara dan buku-buku tentang matawang dunia serta sumber yang sah.

Thursday, December 13, 2012

Lampu beteri lama.. biasa digunakan Pengakap dulu2

Lampu beteri lama biasa digunakan Pengakap dulu2. Benda ni aku baru beli dari rakan di Sabah 

Friday, November 16, 2012

Gramophone



Gramophone ni aku baru beli dari Yong Peng , Johor . Lama aku idamkan benda ni , memandangkan harganya mahal dan aku tak ada budget untuk membelinya. Tapi tiba2 aku terpandang dalam internet ada orang yang ingin menjualnya dengan harga yang munasabah lalu tanpa melengahkan masa aku pun membeda benda ni walaupun ramai yang berminat . Tapi penjual itu setuju menjualkannya kepada ku.Walaupun masa aku terima barang ni keadaannya kurang memuaskan tapi aku dah baiki dan nampak cantik , lepas ni aku nak cari rekod lama  ( piring hitam batu )  kalau boleh zaman P Ramlee nak cuba sound dia ok tak.Hanya dapat piring hitam visi Inggeris aje , dah test kat gramophone ni ok boleh guna . Bila mainkan rasa macam zaman dulu2 pulak. 

Wednesday, July 4, 2012

Duit Kertas Lama Negeri-negeri Selat

Duit ini dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada tahun 1939 hasil idea oleh Sir Basil Blackett setelah dilantik sebagai Setiausaha Negeri Tanah Jajahan .

Duit Kertas Zaman Malaya


Duit kertas pertama Malaya yang dikenali "Duit Kapal Layar ", yang digunakan dengan meluasnya di Tanah Melayu, Borneo ( Sabah dan Serawak ), Singapura dan Brunei.Keluaran pertama pada tahun 1952.

Duit CAROLUS IIII ( Sepanyol) - 1801



Duit ini digunakan oleh perdagang barat pada kurun ke 16. Dolar Sepanyol yang digunakan di Kepulauan Melayu adalah Rail Batu ( Spanish Cob) dan dikenali sebagai Carolus Dollar. Duit digunakan Pulau Pinang , Melaka dan Singapura sekitar tahun 1800.

Tuesday, July 3, 2012

Sunday, January 1, 2012

Duit Syiling Amerika lama




Duit ini digunakan oleh perdagang barat semasa berdagang di Kepulauan Melayu.