Koleksi Peribadi . Semua barangan dan duit adalah tulen

ADA LEBIH KURANG 900 KEPING DUIT SYILING DAN 200 NOTE KERTAS LAMA DAN BARU DARI SELURUH DUNIA.
Semua fakta tentang duit ini saya perolehi dari buku Warisan Matawang di Tanah Melayu keluaran Muzium Matawang Bank Negara dan buku-buku tentang matawang dunia serta sumber yang sah.

Tuesday, December 22, 2009

Duit Syiling Straits Settlemints 3/4 sen

King George V

King George V, merupakan Raja Inggris pada tahun 1910-1936



Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Duit Syiling Straits Settlemints 1/4 sen

King George V , tahun 1801


Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Duit Syiling Straits Settlemints 1/2 sen

King George V



Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Duit Syiling Straits Settlemints 1/3 sen

King George V



Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Monday, December 21, 2009

Koleksi syiling Straits Settlements

Pada tahun 1826 ,Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat ( Straits Settlements) digabungkan dan Pulau Pinang menjadi ibu negeri sebelum dipindahkan ke Singapura pada tahun 1836. Siri pertama duit syiling yang tertera " Straits Settlements" dikeluarkan pada tahun 1871.


Queen Vectoria




Syiling 1 sen keluaran tahun 1895
Duit syiling Straits Settlements Queen Victoria (1871-1901).
Queen Victoria memerintah  1837 - 1901


King Edward VII ( 7 )


Syiling 1 sen keluaran tahun 1908
Duit Syiling Settlements terbitan King Edward VII (1902-1910).
King Edward memerintah pada 1902-1910


King George V

Syiling 10 sen keluaran tahun 1926 dan 1 sen keluaran tahun 1920
King George V, merupakan Raja Inggris pada tahun 1910-1936
Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Koleksi Syiling Commissioners Of Currency Malaya

Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya ditubuhkan pada 1938 dan mula mengeluarkan matawang pada 1939.  Muka depan inskripsi " George VI King and Emperor of India ". Selepas Akta Kemerdekaan India 1947 , maka duit syiling ditukar ke "King George The Sixth " dari tahun 1948 hingga 1950 .

King George VI


Syiling 20 sen keluaran tahun 1948 , 10 sen tahun 1950 , 5 sen tahun 1941 dan 1 sen tahun 1943
King George VI memerintah selama 16 tahun 1937 - 1952

Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Koleksi Syiling Malaya And British Borneo

Queen Elizabeth II



Syiling 50 sen keluaran tahun 1955 , 10 sen tahun 1961 , 5 sen tahun 1961 dan 1 sen tahun 1958



Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Sunday, December 20, 2009

Duit Syiling Australia



Duit syilling Australia keluaran tahun 1944.
Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Saturday, December 19, 2009

Duit syilling China lama




Kiri Depan & Kanan Belakang

Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Friday, December 18, 2009

Duit syilling China lama





Kiri Depan & Kanan Belakang
Remarks : Semua koleksi duit ini adalah tulen

Thursday, December 17, 2009

Duit ( Token ) Kenangan-kenangan Perkahwinan Putera Charles Dengan Puteri Diana 1981




Depan                                            Belakang

Duit ini merupakan kenangan-kenangan perkahwinan Putra Charles dengan Puteri Diana pada tahun 1981.

Wednesday, December 16, 2009

Duit Di zaman Pemerintah Ratu Victoria pada tahu 1837-1901


Depan                        Belakang

Tuesday, December 15, 2009

Duit Naga


Duit ini aku perolehi kitaka berjalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh. Aku beli dari penjual duit lama dengan nilai RM 10 aje , pakcik ni aje yang jual murah tempat lain ada yang menjual hingga ke ratusan ringgit


Pandangan Hadapan                Pandangan Belakang

Monday, December 14, 2009

Duit Lama Kwang - Ten Cash ( Duit Naga )


Depan                           Belakang




Saturday, December 12, 2009

Duit Syiling Nederlandsch Indie , tahun 1945


Duit 2 1/2 Guillders Belanda 1898 - 1948 Queen Wilhelmina yang dikenali sebagai Ringgit Nona dan setengah tempat dikenali sebagai Ringgit Ketun yang berpunca dari duit perak Belanda iaitu Ducatoon.

Friday, December 11, 2009

Duit Hong Kong - Queen Victoria - 1901




Duit Yen Jepun Lama


Kerajaan Jepun membeli kilang wang daripada Kerajaan Hong Kong dan mengeluarkan dolar Satu Yen Meiji Jepun pada tahun 1870 dengan berat 416 grain .




Tuesday, December 8, 2009

Duit Piastre Indo China Peranchis ( French ) - tahun 1908


Duit diedarkan di negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Malayu dan Borneo.Keluar pertama 1895 dan beratnya 27 gram.

Monday, December 7, 2009

Duit Amerika 1875

Duit Dolar Amerika mula diperkenalkan pada tahun 1873 oleh pedagang-pedagang Amerika ke rantau ini . Diperbuat dari perak. Dolar ini luas dipergunaan di Negeri-negeri Selat, Indo China Siam , Hong Kong dan Bandar utama China.




Sunday, December 6, 2009

Duit Maxxico dan Maxicana lama


Duit Mexico ini gunakan pada kurun ke 19 di Kepulauan Melayu . Duit ini pertama kalinya ditempa pada tahun 1824 sebagai Dolar Perdagangan .Di Kepulauan Melayu duit ini dikenali sebagai Ringgit Garuda, Ringgit Gerdun atau Ringgit Burung. Duit-duit ini yang menggambarkan topi kemerdekaan bertindih di atas pancaran cahaya matahari pada muka hadapannya dan burung helang di belakang , juga dikenali sebagai Ringgit Janek atau Ringgit Matahari.





Saturday, December 5, 2009

Friday, December 4, 2009

Duit Surah Yassin

Duit yassin ini dipercayai berasal dari negara arab yang di bawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Timur Tengah.


Thursday, December 3, 2009

Wednesday, December 2, 2009

Duit Kertas Jepun 1 cent

Tanah Melayu dan Singapura ditawan Jepun pada15 Februari 1942 dan Pentadbiran Tentera Jepun telah ditubuhkan dan nama Malaya ditukar kepada “Malai”.Wang kertas Jepun digunakan dan mengantikan wang kertas British Malaya dangan nilai yang sama. Pada mulanya wang kertas ini mempunyai nombor siri tetapi hanya huruf “M” sahaja yang dikekalkan yang bermaksud Malaya.Wang ini lebih dikenali sebagai “wang pokok pisang” kerana gambar pokok pisang terdapat pada wang kertas $10 dollar.


Duit Kertas Jepun 1 cent digunakan semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.


Duit Kertas Jepun 5 Cents


Duit Kertas Jepun 5 Cents digunakan semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.




Duit Kertas Jepun 10 Cents


Duit Kertas Jepun 10 Cents semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.




Duit Kertas Jepun 50 Cents


Duit Kertas Jepun 50 Cents semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.




Duit Kertas Jepun $1 Dollars

Duit Kertas Jepun $1 Dollars semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.



Duit Kertas Jepun $5 Dollars


Duit Jepun $5 Dollars berwarana coklat yang di gunakan semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.



Duit Kertas Jepun $10 Dollar - Duit Pokok Pisang


Duit Jepun 10 Dollers yang lebih dikenali sebagai duit Pokok Pisang disebabkan terdapat gambar pokok pisang di muka hadapannya. Ia digunakan di zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.




Duit Kertas Jepun $ 100 dollars


Duit Jepun 100 Dollars berwarna coklat. Duit Kertas Jepun $ 100 dollars ini digunakan semasa zaman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.